Because i am girl – the stories

to whom love is everything..

cerita baru January 8, 2010

Filed under: Macam-macam Ada.. — •*¨¨*•:¦:cozimgirl:¦:•*¨¨*• @ 6:11 pm

Lamanya tak jenguk blog aku ni. Terasa rindu tiba2 nak menulis. Tapi takde idea dan semangat la sbb dah syok dgn FB. Tu pasal malas nak main FB nnt asyikkkkkkk je dgn benda tu. Nak buat camne, skang ni org heboh dgn FB. Kalau aku tak join kate ketinggalan pulak! hiks. :)

Ni cuba nak mencari idea, ape nk post. walaupun tahu aku sorang aje yg bace blog ni haha. tp manalah tau kot2 ada yg tersesatkan. tunggu jela next post..

 

Takut ditempat sendiri? November 3, 2009

Filed under: Merepek — •*¨¨*•:¦:cozimgirl:¦:•*¨¨*• @ 6:59 pm

Pernah tak korang rasa takut, gerun atau seram walaupun berada ditempat sendiri atau di negara sendiri? Ahad lepas aku pergi melawat seekor seorang teman di sungai buloh. Oleh kerana malas giler nak bawak kereta, maka aku pegilah naik pengangkutan awam yg femes iaitu komuter. Last time aku singgah di stesen sg.buloh tak silap aku pada tahun 2006 atau 2007..dah lame tuu!! Time tu dorang tgh buat jalan lagi. Sekeliling tempat berdebu dan penuh dengan konkrit. Bila aku sampai aje kat stesen sg.buloh. aku jadi tak tentu arah! Mana taknya, bangla, indon bersepah2 kat stesen tu! Melayu ada lah 2,3 kerat aje.

Aku terpikir, td aku beli tiket ke Dhaka, bangla atau ke Jakarta, Indonesia ke?? Atau mcm dlm crite harry potter – boleh pergi ke alam lain dengan menaiki keretapi? Huhu. Dah lah takda penjaga tiket atau org ktmb dkat situ in case apa2 terjadi pada aku ataupun sape2 jelah yg menaiki ktm sg.buloh tu. Aku pun menonong aje pergi mencari jalan keluar walaupun aku tak tahu nak ke arah mana. Sampai di penghujung lorong ada dua orang Indonesia (bawa teksi barangkali) pandang aku atas bawah. Aku nak keluar terus dari lorong tu, depan tu dah highway pulak.

Bus stand ada tp jauh 4,5 meter dari tmpt aku berdiri. Nak tak nak aku masuk balik ke dalam lorong (mcm terowong sebenarnya) dan tunggu sehingga kawan aku sampai. Lama juga aku tunggu, dalam masa ‘penungguan’ aku tu ada sorang mamat bangla ni, perasan mcm hensem nak mampos dok pegang handphone dan pandang2 aku atas bawah. Lepas tu siap ikut aku pulak! Mana aku berdiri dekat2 tu jugak dia nak bercakap telepon!! Sialan!! Bayangkanlah jika diwaktu malam?! Mcm2 hal boleh terjadi lah!! Aku rasa simpati dengan mereka2 yang tinggal di sg.buloh atau terpaksa berhenti di stesen sg.buloh. Harap dijauhi segala perkara yang tak elok berlaku ke atas pengguna-pengguna komuter di sg.buloh. Amin…

 

Hayatilah.. October 30, 2009

Filed under: Macam-macam Ada.. — •*¨¨*•:¦:cozimgirl:¦:•*¨¨*• @ 5:37 pm
Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan.
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

 

Ucapkanlah! October 28, 2009

Filed under: Agama — •*¨¨*•:¦:cozimgirl:¦:•*¨¨*• @ 4:53 pm
  1. Mulakan Sesuatu Perkara Dengan BISMILLAH

     

  2. ALHAMDULILLAH
    Apabila Selesai Sesuatu Perkara

 

  1. ASTAGHFIRULLAH
    Apabila Terlanjur Melakukan Sesuatu Atau Cakap Yang Tidak Berfaedah

 

  1. INSYA ALLAH
    Apabila Hendak Melakukan Kerja

 

  1. LA HAULAWALA
    Apabila Buat Kerja Yang Bukan Dengan Kehendak

 

  1. INNALILLAH
    Apabila Ditimpa Masalah

 

  1. Ucap
    LA’ILAHA’ILLALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH
    Pada Waktu Siang dan Malam.

     

Jika mengamalkannya, Allah akan mengampuni segala dosa walaupun sebanyak buih di lautan. Insya Allah.

 

Tentang Cinta.. October 26, 2009

Filed under: Cinta — •*¨¨*•:¦:cozimgirl:¦:•*¨¨*• @ 4:08 pm

 
 


 

Kepada yang masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

 

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN…
Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

 

Kepada yang PATAH HATI…
Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

 

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

 

Kepada yang ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

 

Kepada yang takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

 

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan