Doa Mencari Barang yang Hilang

Posted: April 13, 2011 in Agama, Isu Semasa

Susahnya hati saya tatkala asaimen pelajar yang diberikan kepada saya untuk diserahkan kepada Pensyarah hilang daripada simpanan.
Puas saya pada pensyarah yang terlibat dengan program ini (mujurlah tak ramai!) samada ada asaimen pelajar ini terselit dalam kursus lain.

Tak lupa juga tiap kali menyembahNYA, saya berdoa dengan harapan asaimen tersebut kembali ke pangkal jalan (>.<') tapi belum membuahkan hasil.

Dalam hal ini, pelajar itu juga salah. Sepatutnya dia tak boleh hantar terus ke fakulti. Sebaiknya hantar melalui Unit Tugasan yang telah diwujudkan khas untuk merekod penerimaan tugasan para pelajar.

Lagi satu memang untuk mengelakkan hal sebegini berlakulah!!

Susah hati dan kecewa dengan diri sendiri kerana sangat cuai melakukan pekerjaan.
Selama 3 tahun berkhidmat disini, ini kali pertama saya melakukan kesalahan teruk macam ni.
Berat dugaan yang Allah berikan ini. Kiranya saya tidak beramanah.. 😦

Saya cuba tanya pada Pakcik Google, mungkin ada Doa untuk Mencari Barang yang Hilang. Insya Allah akan praktikkan sampai asaimen tersebut dijumpai..Mudah-mudahan dengan izinNYA.

Doanya:

credit to :http://ikhwanzhaki.blogspot.com

update : Alhamdulillah3x..barang yang hilang telah dijumpai…<3

Advertisements

Ekspo Kerjaya UPM 2011

Posted: April 13, 2011 in Isu Semasa

CPC 2011

Semua dijemput hadir!

cerita baru

Posted: January 8, 2010 in Macam-macam Ada..

Lamanya tak jenguk blog aku ni. Terasa rindu tiba2 nak menulis. Tapi takde idea dan semangat la sbb dah syok dgn FB. Tu pasal malas nak main FB nnt asyikkkkkkk je dgn benda tu. Nak buat camne, skang ni org heboh dgn FB. Kalau aku tak join kate ketinggalan pulak! hiks. 🙂

Ni cuba nak mencari idea, ape nk post. walaupun tahu aku sorang aje yg bace blog ni haha. tp manalah tau kot2 ada yg tersesatkan. tunggu jela next post..

Takut ditempat sendiri?

Posted: November 3, 2009 in Merepek

Pernah tak korang rasa takut, gerun atau seram walaupun berada ditempat sendiri atau di negara sendiri? Ahad lepas aku pergi melawat seekor seorang teman di sungai buloh. Oleh kerana malas giler nak bawak kereta, maka aku pegilah naik pengangkutan awam yg femes iaitu komuter. Last time aku singgah di stesen sg.buloh tak silap aku pada tahun 2006 atau 2007..dah lame tuu!! Time tu dorang tgh buat jalan lagi. Sekeliling tempat berdebu dan penuh dengan konkrit. Bila aku sampai aje kat stesen sg.buloh. aku jadi tak tentu arah! Mana taknya, bangla, indon bersepah2 kat stesen tu! Melayu ada lah 2,3 kerat aje.

Aku terpikir, td aku beli tiket ke Dhaka, bangla atau ke Jakarta, Indonesia ke?? Atau mcm dlm crite harry potter – boleh pergi ke alam lain dengan menaiki keretapi? Huhu. Dah lah takda penjaga tiket atau org ktmb dkat situ in case apa2 terjadi pada aku ataupun sape2 jelah yg menaiki ktm sg.buloh tu. Aku pun menonong aje pergi mencari jalan keluar walaupun aku tak tahu nak ke arah mana. Sampai di penghujung lorong ada dua orang Indonesia (bawa teksi barangkali) pandang aku atas bawah. Aku nak keluar terus dari lorong tu, depan tu dah highway pulak.

Bus stand ada tp jauh 4,5 meter dari tmpt aku berdiri. Nak tak nak aku masuk balik ke dalam lorong (mcm terowong sebenarnya) dan tunggu sehingga kawan aku sampai. Lama juga aku tunggu, dalam masa ‘penungguan’ aku tu ada sorang mamat bangla ni, perasan mcm hensem nak mampos dok pegang handphone dan pandang2 aku atas bawah. Lepas tu siap ikut aku pulak! Mana aku berdiri dekat2 tu jugak dia nak bercakap telepon!! Sialan!! Bayangkanlah jika diwaktu malam?! Mcm2 hal boleh terjadi lah!! Aku rasa simpati dengan mereka2 yang tinggal di sg.buloh atau terpaksa berhenti di stesen sg.buloh. Harap dijauhi segala perkara yang tak elok berlaku ke atas pengguna-pengguna komuter di sg.buloh. Amin…

Hayatilah..

Posted: October 30, 2009 in Macam-macam Ada..
Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan.
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..