kerja oh! kerja

Posted: October 14, 2009 in Isu Semasa

Zaman sekarang ni, susahnya nak cari kerja bertaraf tetap! Cozimgirl sendiri belum punya rezeki untuk mendapatkan kerja tetap. Sekarang ni Cozimgirl menjawat jawatan bertaraf kontraktor kelas F – sekadar untuk menyedapkan hati hu3. Kenapalah nak dibeza2kan taraf jawatan tu. Padahal kami ni buat kerja yg sama dengan yang tetap. Malah, mana yang sambilan tu terpaksa/sanggup buat kerja lebih masa untuk menambah pendapatan. Mana yang tetap, sebab dia tahu dia sudah stabil, dia buat kerja sambil lewa (walaupun tak semua tp ada kan?)

Takpe. Mungkin belum rezeki Cozimgirl. Kawan2 seangkatan pun ramai lagi senasib dgn Cozimgirl. Tp dorang lagi hebat kesiannya, dah beranak pinak masih berstatus kontrak, Yang lebih dari 4 tahun pun ada! Siapa nak disalahkan tu?Takpe. takpe. takde rezeki lagi.Cuba lagi nanti ok? ( RMY this is for u😉 )

Pengalaman temuduga kerajaan – sangatlah mendukacitakan dan mengecewakan Cozimgirl! Keputusan temuduga tu betul2 ‘membunuh’ Cozimgirl! Bayangkan, mengikut sumber2 yg boleh dipercayai – walaupun semasa ditemuduga Cozimgirl dapat markah tinggi tp masih tak berjaya dalam temuduga. Alasan mereka, Cozimgirl ada kelulusan, sedang bekerja dan bukan orang susah (maksudnya adik beradik tak ramai dan takde kebuluran berlaku dlm keluarga kami!) hati sape yang tak hancur luluh kalau mcm tu? Ini baru inteviu setakat jawatan kerani aje. Belum lagi jawatan yang hebat2!

Boleh dikatakan tiap2 hari ada iklan jawatan kosong kerajaan (tak percaya klik sini –>jobsmalaysia) Iyeke ni ada kerja kosong? bila minta tak penah2 pun dipanggil. same jugak mcm SPA tu. entah2 buat syarat aje. Kepada korang yang dah kerja tetap tu bersyukurlah dan jangan ambil kesempatan dengan membeza-bezakan, memperkecilkan mereka yang tidak kerja tetap lagi. Kalau satu hari nanti Tuhan tukar plak korang kat tempat kami baru tauu!

walauapapun Cozimgirl bersyukur sbb skrang lebih baik dari dahulu..Syukur alhamdulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s