Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Doa Mencari Barang yang Hilang

Posted: April 13, 2011 in Agama, Isu Semasa

Susahnya hati saya tatkala asaimen pelajar yang diberikan kepada saya untuk diserahkan kepada Pensyarah hilang daripada simpanan.
Puas saya pada pensyarah yang terlibat dengan program ini (mujurlah tak ramai!) samada ada asaimen pelajar ini terselit dalam kursus lain.

Tak lupa juga tiap kali menyembahNYA, saya berdoa dengan harapan asaimen tersebut kembali ke pangkal jalan (>.<') tapi belum membuahkan hasil.

Dalam hal ini, pelajar itu juga salah. Sepatutnya dia tak boleh hantar terus ke fakulti. Sebaiknya hantar melalui Unit Tugasan yang telah diwujudkan khas untuk merekod penerimaan tugasan para pelajar.

Lagi satu memang untuk mengelakkan hal sebegini berlakulah!!

Susah hati dan kecewa dengan diri sendiri kerana sangat cuai melakukan pekerjaan.
Selama 3 tahun berkhidmat disini, ini kali pertama saya melakukan kesalahan teruk macam ni.
Berat dugaan yang Allah berikan ini. Kiranya saya tidak beramanah.. 😦

Saya cuba tanya pada Pakcik Google, mungkin ada Doa untuk Mencari Barang yang Hilang. Insya Allah akan praktikkan sampai asaimen tersebut dijumpai..Mudah-mudahan dengan izinNYA.

Doanya:

credit to :http://ikhwanzhaki.blogspot.com

update : Alhamdulillah3x..barang yang hilang telah dijumpai…<3

Ekspo Kerjaya UPM 2011

Posted: April 13, 2011 in Isu Semasa

CPC 2011

Semua dijemput hadir!

kerja oh! kerja

Posted: October 14, 2009 in Isu Semasa

Zaman sekarang ni, susahnya nak cari kerja bertaraf tetap! Cozimgirl sendiri belum punya rezeki untuk mendapatkan kerja tetap. Sekarang ni Cozimgirl menjawat jawatan bertaraf kontraktor kelas F – sekadar untuk menyedapkan hati hu3. Kenapalah nak dibeza2kan taraf jawatan tu. Padahal kami ni buat kerja yg sama dengan yang tetap. Malah, mana yang sambilan tu terpaksa/sanggup buat kerja lebih masa untuk menambah pendapatan. Mana yang tetap, sebab dia tahu dia sudah stabil, dia buat kerja sambil lewa (walaupun tak semua tp ada kan?)

Takpe. Mungkin belum rezeki Cozimgirl. Kawan2 seangkatan pun ramai lagi senasib dgn Cozimgirl. Tp dorang lagi hebat kesiannya, dah beranak pinak masih berstatus kontrak, Yang lebih dari 4 tahun pun ada! Siapa nak disalahkan tu?Takpe. takpe. takde rezeki lagi.Cuba lagi nanti ok? ( RMY this is for u 😉 )

Pengalaman temuduga kerajaan – sangatlah mendukacitakan dan mengecewakan Cozimgirl! Keputusan temuduga tu betul2 ‘membunuh’ Cozimgirl! Bayangkan, mengikut sumber2 yg boleh dipercayai – walaupun semasa ditemuduga Cozimgirl dapat markah tinggi tp masih tak berjaya dalam temuduga. Alasan mereka, Cozimgirl ada kelulusan, sedang bekerja dan bukan orang susah (maksudnya adik beradik tak ramai dan takde kebuluran berlaku dlm keluarga kami!) hati sape yang tak hancur luluh kalau mcm tu? Ini baru inteviu setakat jawatan kerani aje. Belum lagi jawatan yang hebat2!

Boleh dikatakan tiap2 hari ada iklan jawatan kosong kerajaan (tak percaya klik sini –>jobsmalaysia) Iyeke ni ada kerja kosong? bila minta tak penah2 pun dipanggil. same jugak mcm SPA tu. entah2 buat syarat aje. Kepada korang yang dah kerja tetap tu bersyukurlah dan jangan ambil kesempatan dengan membeza-bezakan, memperkecilkan mereka yang tidak kerja tetap lagi. Kalau satu hari nanti Tuhan tukar plak korang kat tempat kami baru tauu!

walauapapun Cozimgirl bersyukur sbb skrang lebih baik dari dahulu..Syukur alhamdulillah.

A Must-SEE For MJ Fans!! – update

Posted: October 13, 2009 in Isu Semasa

Last week Cozimgirl tgk movie Sorrority row kat TGV Cheras Selatan. Cite tu biasa2 aje. Tak boleh lawan ke’ngerian’ final destination 4! Sepanjang dlm wayang tu, asyik tutup mata dan berdebar-debar aje! Nasib takde sakit jantung dowh!

Ha berbalik kepada tajuk kat atas, start 29 Oct ni akan ditayangkan movie/documentary pasal MJ. Kenal tak sape MJ? Bukan Mek Jenab ok..it’s Micheal Jackson laa! Tgk trailer dia kat wayang hari tu mcm best aje walaupun bukan kipas susah mati MJ, saje suka2 nak merasa dalam golongan org yg dpt tgk documentary tu. Tickets is available on 15 oct (which means this thursday!)  So sape2 nak join Cozimgirl calling2 me! Cozimgirl igt nak ajak mak n ayah tgk cite neh! auoww!

update: tadi check gsc & tgv online sbb hari ni (15/10) dah start jualan tiket utk MJ ni, separuh mereng cari cara2 nak booking tiket! Rupa-rupanya tiket utk reservation hanya boleh dibuat 2hari sebelum ditayangkan (cam harammm!) Kalau nak beli hari ni jgk kena walk-in lah kot? Aduyaii..nak tgk sgt punya pasal hantam sajalah labuuuu…

mh_01_1

 

Api(Kebakaran), Tanah(Gempa), Air(Banjir), Angin(Badai), Udara Cuaca(Kekeringan, Kabut) punya cara masing-masing untuk mengingatkan makhluk-makhluk bernyawa apa-apa yang telah dilalaikannya;
Bantu tolonglah ringankanlah beban mereka yang dilanda musibah, karena musibah bisa melanda kita dan siapa saja, termasuk hamba-hamba- Nya yang soleh-solehah;

 

Dan tiada Musibah terjadi kecuali sebagai pembuka pintu datangnya Rahmat- Karunia-Nya yang lebih Besar bagi hamba-hamba- Nya beriman yang senantiasa memperbaiki diri,
Pun tiada Musibah terjadi kecuali mendatangkan Kemalangan lebih besar
bagi hamba-hamba- Nya yang enggan memperbaiki diri dan berputus-asa akan Rahmat-Kasih- Nya

mh_01_2

*Dikutip dari Catatan Harian Membuka Hati Mas Yos Wiyoso Hadi

Cozim girl turut berduka atas berbagai musibah dan bencana alam yang terjadi akhir-akhir ini di seluruh pelusuk dunia, semoga dapat meningkatkan kesedaran dan keimanan kita. Lupakan sengketa duniawi, tingkatkan amalan untuk dibawa ke akhirat nanti.